Monday, June 20, 2011

KELAHIRAN DATO` MEOR ABDUL RAHMAN

Sebelum dilahirkan, bonda beliau telah bermimpi didatangi satu lembaga yang mengkhabarkan anak kandungannya akan menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Kelahiran Meor Abdul Rahman disambut dengan hujan yang turun mencurah-curah.Meor Abdul Rahman dilahir berkembarkan seekor cacing. Kembar beliau tersebut setelah dibersihkan disimpan dalam sebuah tempurung kelapa jantan,

Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati bonda Meor Abdul Rahman agar jangan risaukan tentang perihal cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga "di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)".

"Kamu janganlah susahkan aku. Aku cuma mengiringkan kamu semasa melahirkan anak. Aku kembar dengan anak kamu. Akulah naga bercula tujuh. Di lautan sini aku bercula sa (satu). Aku kembaran dia..."

Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.

sumber gelanggangdatomeor.com




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...