Thursday, June 23, 2011

SENI SILAT DI ZAMAN KEMAJUAN - di mana tempatnya?

Wawancara Abdul Ahmad dengan Dato' Meor Abdul Rahman(Dewan Masyarakat, Oktober 1975

SOAL: Silat dikatakan untuk mempertahankan diri. Tapi di zaman serba maju ini orang menggunakan senjata moden untuk tujuan tersebut. Saya tak fikir silat boleh menangkis peluru pistol atau senapang.

JAWAB: Kita ambil saja contoh peperangan di Indochina, bagaimana rakyat(Vietnam) berjuang menentang tentera Amerika. Mereka mempergunakan ilmu mempertahankan diri dengan menyusun barisan perjuangan yang hebat. Tubuh mereka kecil-kecil, berjuang menentang tentera Amerika yang tinggi besar yang menggunakan berbagai senjata moden. Untuk menentang senjata jarak jauh, kita boleh mengadakan susunan barisan peperangan, seperti mengadakan barisan gerila dan latihan komando. Silat sangat berguna dalam barisan perjuangan serupa ini. Sebelum saya bertolak ke England dahulu, Perdana Menteri Tun Razak telah menjemput saya ke pejabatnya. Tun meminta saya menjalankan tugas selama enam bulan melatih taktik mempertahankan diri kepada anggota-anggota tentera. Dengan kata lain, jelas bahawa silat sangat berguna di samping senjata.

SOAL: Saya masih memikirkan bagaimana kalau peluru datang macam hujan.

JAWAB: Buktinya ialah bagaimana saya terselamat dalam Perang Dunia Kedua, terselamat dari peluru yang datang macam ikan belanak. Pendek kata kalau Allah memperkenankan permintaan kita, tiada siapa yang boleh menghalang.


Wednesday, June 22, 2011

LATIHAN GABUNGAN MAAHAD PONTIAN DAN UiTM JB


Jumaat, 17 Jun 2011 UiTM JB dikunjungi oleh adik-adik dari SMA MAAHAD Pontian. Seramai 45 pesilat-pesilat dari MAAHAD Pontian bertandang ke UiTM JB bagi melakukan latihan gabungan bersam UiTM JB. Latihan bermula selepas solat isyak. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan terdiri daripada pesilat UiTM JB dan MAAHAD. Setiap kumpulan ditunjuk ajar oleh Ustaz Syazali, Cikgu Khairuddin dan Cikgu Abdul Halim.Program lawatan sambil belajar oleh MAAHAD Pontian ini juga telah di jayakan lagi dengan mendapat motivasi dari pelajar UiTM JB mengenai hala tuju mereka ke IPTA kelak...







Terima kasih kerana manjayakan program ini...
See Yo!!
Ambillah semangat 'Ga' iaitu GENGGAM. Sekali bara ku genggam sampai menjadi api.. "Sekali melangkah terus melangkah, sekali berundur belum tentu menyerah.. Membujur lalu melintah patah. Gayong Bergayut Kata Bersahut" - Cikgu Kudus-



Monday, June 20, 2011

KELAHIRAN DATO` MEOR ABDUL RAHMAN

Sebelum dilahirkan, bonda beliau telah bermimpi didatangi satu lembaga yang mengkhabarkan anak kandungannya akan menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Kelahiran Meor Abdul Rahman disambut dengan hujan yang turun mencurah-curah.Meor Abdul Rahman dilahir berkembarkan seekor cacing. Kembar beliau tersebut setelah dibersihkan disimpan dalam sebuah tempurung kelapa jantan,

Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati bonda Meor Abdul Rahman agar jangan risaukan tentang perihal cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga "di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)".

"Kamu janganlah susahkan aku. Aku cuma mengiringkan kamu semasa melahirkan anak. Aku kembar dengan anak kamu. Akulah naga bercula tujuh. Di lautan sini aku bercula sa (satu). Aku kembaran dia..."

Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.

sumber gelanggangdatomeor.com




Friday, June 17, 2011

AGM PSSGM SESI MEI - OCTOBER 2011


14 Jun 2011, Selasa.

Annual General Meeting (AGM) Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UiTM Johor telah dijalankan dengan teratur dan jayanya di SL104-SL107. Bermula jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Ustaz Syazali dan Pn. Sasai selaku penasihat turut hadir dan berucap pada malam program tersebut. Siswa/siswi mula hadir pada jam 8.45 malam dan mula mendaftar. Selepas selesai majlis titian ilmu di Masjid Asyakirin, Ustaz Syazali bergegas ke AGM PSSGM. Majlis bermula jam 10.00 malam. Zack selaku pengacara majlis . Majlis bermula dengan nyanyian bacaan doa oleh Saudara Hanif (Pok Leh), nyanyian lagu Gayong, persembahan Montaj Exco dan aktiviti sem lepas, ucapan Presiden(Aiman), ucapan penasihat dan diakhiri dengan jamuan ringan antara penasihat dan exco PSSGM.














Ok, seramai 59 orang drpd 140 orang yg telah mendaftar pada unifest telah hadir pada malam tersebut. Jika ada sesiapa yg tidak berkesempatan untuk hadir pada AGM tempoh hari, pendaftaran masih dibuka, sila hadir pada hari Jumaat dan Sabtu jam 8.30 malam di padang kolej Baiduri. Tq


*x boleh bla bila Unit Keselamatan kunci bilik dimana makanan disimpan, bergegas tahan moto UK tu mintak bukak balik bilik tu, ambik masa juga nak suruh dia bukak.

Thursday, June 9, 2011

UNIVERSITY FESTIVAL UiTM JOHOR

8 Mac 2011, University Festival (Unifest) diadakan di parking KP (depan speker corner) UiTM Johor. Program ini dianjurkan oleh MPP UiTM Johor bagi memeperkenalkan kelab dan persatuan (non-academic) kepada siswa/siswi UiTM Johor terutama sekali kepada pelajar baru. Unifest bermula dari jam 9.00pagi hingga 10.00 malam. Setiap kelab dan persatuan membuka booth masing-masing, menggunakan kretiviti sendiri bagi menarik ahli-ahli menyertai kelab mereka. PSSGM UiTM Johor di booth nombor 13!!
Ahli Jawatankuasa PSSGM UiTM Johor bertungkus lumus memeriahkan booth. Bahan pameran seperti gambar-gambar, bengkung-bengkung, senjata seperti parang,pisau dan sembat, uniform lengkap dan sedikit sebanyak mengenai sejarah PSSGM dan info mengenai PSSGM. Cuaca panas terik di pada waktu kemuncak (tengahari)



ahli-ahlibaru yang mendaftar kebanyakannya pelajar part 1

Ustaz Syazali terut memberi sokongan, tq!

Senjata yang dipamerkan




exco-exco yang menjalankan tanggungjawab


aini vs mading


pentas parang hazmi & epi


epi vs hazmi


nasib baik bagun cepat...


dzatt!! amekaw


aman vs epi


rapatkan lagi kaki tu puteri... hehe


kein a.k.a fahrin ahmad di depan.

sedia untuk serangan berantai


Booth ditutup pada jam 5.00 petang dan dibuka semula selepas Maghrib lebih kurang jam 8.00 malam. Pada jam 9.00 malam pula diadakan acara penutup yang disempurnakan oleh Rektor UiTM Johor, Prof. Dr Omar B. Samat. Sebanyak 6 kelab membuat persembahan pada majlis penutup. Selepas selesai semua ke-6 persembahan. Penyampaian kelab paling aktif, ahli paling ramai mendaftar pada malam itu dan booth tercantik diberikan hadiah. Persembahan PSSGM disertai oleh 8 orang pesilat, Epi, Hazmi, Kein, Afi (mading), Jebat, Aiman, Aini dan Dibus. Persembahan berantai dan diakhiri dengan pentas parang. Program berakhir jam 10.30malam. On time! Ahli baru yang mendaftar seramai 140 orang. Agm akan diadakan pada 14 Jun 2011 (Selasa) Jam 9.00 malam. Kepada yang telah mendaftar anda perlu hadir ke AGM tersebut bagi mendapat info lebih jelas mengenai PSSGM.
Salam.

Thursday, June 2, 2011

PSSGM SESI MEI - OCT 2011 BEGIN...


Bermulanya semester baru. Hari isnin minggu pertama dah mulakan latihan pada waktu petang. Sudah mula merancang demo bagi Universiti Festival UiTM Johor (UniFest). Unifest ialah program ganti bagi Malam Pemgenalan Kelab dan Persatuan (MPKP). Pada hari selasa 9.00 malam pula sudah buat meeting pertama tertumpu pada Unifest.
8hb Jun 2011 (Rabu) akan diadakan UniFest, masa ni lah tugas-tugas jawatankuasa menarik ahli yang baru terutama pelajar semester baru dan pelajar yang lain berminat.


Waktu latihan ialah pada waktu yang sama seperti semester lepas. Flyers sudah mula ditampal di setiap kolej oelh exco publisiti dan wakil sektor. Ayuh semserter kali ini mengharap ramai lagi pelajar UiTM Johor menyertai PSSGM ini. Seiapa sahaja, tak kisah dari apa latar belakang sekalipun, umur berapa sekalipun dari mana sekalipun anda semua dialu-alukan untuk menyertai PSSGM. Percayalah anda tidak akan rugi.


*PSSGM UiTM Segamat & UiTM Bandaraya Larkin..AWAS ! GAYONG ! SEDIA ! Kita jalani seperti biasa semester baru ini..

Grading UiTM JB, 16 April 2010 & Majlis Perpisahan


Ujian kenaikan bengkung hitam mulus ke awan putih di Taman Setia Indah (Rumah Cikgu Din Jelai) 10 orang anak gayong UiTM JB telah berjaya melepasi ujian kenaikan bengkung oleh Cikgu Abdul Kudus Ahmad (Kapt. Kudus). Sehari berikutnya majlis perspisahan bagi anak-anak gayong UiTM JB yang akan transfer ke UiTM Segamat (anak gayong UiTM JB kos Business Study in Transport) kebanyakan mereka ini yang mengambil ujian kenaikan bengkung awan putih ini.
Majlis perspisahan pula di lakukan di Taman Pelangi (Rumah Cikgu Halim) dihadiri oleh Ustaz Syazali, Cikgu Kudus, Cikgu Wahiddin, Cikgu Din Jelai, alumni-alumni PSSGM UiTM Segamat dan anak gayong UiTM JB.

pesilat tiba dengan van (special transport)


Ujian kenaikan bengkung hitam mulus ke awan putih


antara yg hadir pada majlis perpisahan

antara yg hadir pada majlis perpisahan


siapakah??? alumni mungkin...


Cikgu Kudus dan Ustaz Syazali turut hadir


wah! tak lekang dengan bantal busuk dia ni.




*kepada anak-anak gayong UiTM JB yang telah berpindah ke UiTM Segamat, selamat datang diucapkan, sila bagi komitmen kepada persatuan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...