Friday, December 9, 2011

UNIFEST 2011/2012


Unifest atau sebelum ini dikenali sebagai Malam Pengenalan Kelab Dan Persatuan (MPKP) merupakan satu festival bagi memperkenalkan kelab dan persatuan yang terdapat dalam UiTM Johor ini, terutama kepada pelajar baru. Setiap kelab dan persatuan membuka booth masing-masing mengikut dengan cara yang tersendiri. PSSGM UiTM J padabooth yang ke-5. PSSGM juga telah berjaya memenangi pertandingan booth paling gempak. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan demo dari PSSGM. Jumlah ahli yang mendaftar kali ini mencecah 127 orang.


 Booth PSSGM

 Senjata sebagai pameran

 Pomotion yg tidak kenal erti panas

 Promote lagi

 Demo bermula jam 9.00 malam

 Hero di belakang bersedia.

 Crowd di belakang tu dah kenapa?

 Demo Parang

 Meanang pertandingan Booth paling gempak

HERO!

Tahniah kepada semua yg terlibat.Kita menang pertandingan booth paling gempak sempena UNIFEST UiTM Johor semalam. Keahlian baru yg mendaftar mencecah 100 orang. Kepada yg serious untuk menjadi anak gayong dan mencuburi dalam Silat Gayong ini anda perlu follow up dan kerap hadir ke sesi latihan pada waktu yg telah ditetapkan. AGM bakal menyusul..
9 December - hari ini merupakan harai kelahiran Cikgu Abdul Kudus b. Ahmad. Selamat hari jadi diucapkan kepada beliau. Semoga terus menempuh hidup yang mendatang dengan penuh keredhaaan.

Tuesday, November 29, 2011

TUMBUK PINTAL TALI



RINGKASAN HURAIAN TUMBUK PINTAL TALI


1. Tumbuk Pintal Tali merupakan Asas Gerakan Serangan yang Pertama yang
terdiri daripada rangkuman 3 perbuatan seperti :
a. Kelek Anak
b. Kisar Tali
c. Emas Sepukal


2. Kenapa ianya yang pertama? sbb dalam Tumbuk Pintal Tali sudah terkandung 7
serangan2 Tangan yang lain seperti;
a. Tikam
b. Tusuk Rajawali
c. Telapak Harimau
d. Seligi
e. Sauk/Kun (kedudukan Kelek Anak)
f. Paras (Kedudukan Kisar Tali)
g. Sepukal (Kedudukan Emas Sepukal)


3. Jarak dan Kegunaanya;
a. Jarak yg sgt hampir – guna serangan Sauk
b. Jarak sederhana sehingga selengan – guna serangan PARAS
c. Jarak lebih selengan – guna serangan Sepukal(Tumbuk Pintal Tali sepenuhnya)


4. Kenapa perlu berkisar? Bagi menambahkan kelajuan serta momentum badan.


5. PETUA#1 bagi menambahkan kelajuan bagi meningkatkan Momentum adalah
dengan merenggangkan sedikit kepalan tangan pada awalannya dan
mengenggam sekuat2nya kepalan tangan saat hampir menghentam sasaran.


6. PETUA#2 bagi menambahkan kekuatan tumbukan adalah dengan melepaskan
nafas saat tumbukan sampai ke sasaran.


7. PENGISIAN KEBATINAN sewaktu menumbuk; Bacalah ………………………


Monday, November 28, 2011

KARISMA


keputusan KARISMA xviii 2011...

1. Shah Alam (41 emas, 19 perak, 17 gangsa)

2. Johor (9 emas, 10 perak,14 gangsa)
3. Pahang (8 emas, 10 perak, 19 gangsa)
4. Perlis (7 emas, 5 perak, 19 gangsa)
5. P. Pinang (7 emas, 5 perak, 7 gangsa)
6. Perak (5 emas, 7 perak, 15 gangsa)
7. Terengganu (4 emas, 8 perak, 13 gangsa)
8. Sarawak (3 emas, 5 perak, 5 gangsa)
9. Puncak Alam (3 emas, 6 gangsa)
10. Melaka (2 emas, 3 perak, 7 gangsa)
11.Sabah (1 emas, 5 perak, 4 gangsa) 
12. Kedah (6 perak, 4 gangsa)
13. Kelantan (3 perak, 9 gangsa)
14. K. Bersekutu (1 perak, 5 gangsa)
15. N. Sembilan (1 perak, 1 gangsa)


TEAM PENCAK SILAT UiTM JOHOR

tahniah kepada semua yang terlibat.
Di sni lah bermula satu kejayaan. Tahun depan di Sabah pula.



Tuesday, September 27, 2011

MPG UiTM JB


Sekitar Malam Pahlawan Gayong UiTM JB...
MPG UiTM JB Bertujuan memberi penganugerahan kepada exco-exco PSSGM UiTM JB serta memilih pesilat terbaik PSSGM UiTM JB. MPG UiTM JB telah berlangsung pada 7 September 2011 pada jam 9.00malam di Dewan Besar Kampus JB MPG UiTM JB. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan majlis makan malam dan persembahan daripada PSSGM UiTM Segamat. Manakala majlis tersebut yelah disempunakan oleh Prof. Madya Hajah Zaiton Bt. Endot selaku Penyelaras Kampus JB.












tahniah kepada PSSGM UiTM JB, semoga maju jaya. Assalamualaikum

Sunday, August 21, 2011

22 August 2011,PSSGM UITM JOHOR 20 TAHUN


Assalamualaikum anak-anak gayong semua. Hari ini masuk tahun ke-20 PSSGM UiTM JOHOR ditubuhkan. PSSGM UiTM JOHOR telah ditubuhkan oleh Cikgu Abdul Kudus b. Ahmad pada 22 Ogos 1991. Sekarang dah tahun ke-20, berapa ramai anak gayong dari tahun 1991 hingga sekarang agaknya?? Berapa ramai yang masih aktif? Berapa ramai menyumbangkan balik ilmu yang telah diberikan kepada anak gayong sekarang? PSSGM UiTM JOHOR telah menempuhi macam-macam dugaan baik dari luar dan dalam.Ramai pendekar-pendekar yang lahirdari gelanggang PSSGM UiTM JOHOR. Terima kasih kepada Cikgu Kudus, Ustaz Syazali, Cikgu Din Jelai, Cikgu Halim dan Cikgu Wahiddin yang terus mengekalkan PSSGM UiTM JOHOR dari dulu hingga sekarang.... Kini Ustaz Syazali berjaya menubuhkan PSGM di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.Ustaz Syazali yang merupakan penasihat telah dibantu oleh dua orang gurulatih merangkap alumni UiTM Segamat iaitu Cikgu Halim Bin Sa’adon dan Cikgu Khairudin Bin Khairani untuk melatih ahli-ahli PSSGM di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kita lihat photo dari dulu hingga kini...


























Dalam dunia persilatan pelbagai benda yang dicari. Mula-mula anak-anak muda mencari ilmu, kemudian mereka mula mencari kawan dan akhir sekali ada juga yang mula mencari nama. Biasanya tuhan akan memberi apa yang kita cari. Kalau kita ikhlas menuntut ilmu insyaAllah diberikan ilmu, kalau kita ikhlas berkawan, insyaAllah akan dianugerahkan sahabat. Kalau kita mencari redha insyaAllah hakikat akan terbuka. Jika kita mencari musuh tunggulah bara dalam jiwa.
Selamat maju jaya PSSGM UiTM JOHOR!

22 August 2011,PSSGM UITM JOHOR 20 TAHUN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...