Friday, December 14, 2012

Sekitar Demo Penutup Sukan Kolej (SUKOL) 2012

9 September 2012 - Kami dijemput untuk melakukan persembahan sempena penutup acara sukan kolej 2012. Serangan berantai dilakukan pada demo kali ini kelihatan lebih laju berbanding demo yang lain. Permulaan demo dimulakan dengan bunga tanjung dan golongan 10 oleh pesilat kanak kanak dari gelanggang UiTM Segamat sendiri. Pengakhiran demo disudahi dengan golongan 10 beramai-ramai termasuk sekali PSSGM UiTM JB. Credit dan terima kasih kepada kepada Ustaz Hj Syazali dan Cikgu Wahidin kerana bersama-sama menjayakan demo kali ini.




GAMBAR SEKITAR DEMO.

serangan berantai dimulakan dengan pentas tangan kosong oleh Ray dan Julaihan


Double kick oleh Jo


Parang dan tongkat selapas tangan kosong oleh Nasir dan Mading


Sedia untuk persembahan parang parang


Serangan berantai terakhir disudahi dengan tempur parang oleh Hazmi dan Epi


Parang vs parang


Diakhiri dengan golongan 10 dan hormat

DALAM SILAT ADA TARI, DALAM TARI ADA BUAH, DALAM BUAH ADA SENI. JIKA MAHU BERSENI KENALAH BERSILAT BETUL-BETUL DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Thursday, August 30, 2012

Demo Sempena Aspiration Night Accounting JUN - OCT 2012.

29 Ogos 2012, Sempena malam aspirasi accounting PSSGM UiTM Segamat telah dijemput untuk melakukan persembahan pada malam perasmian tersebut. Kali ini 15 pesilat melakukan demo. Demo kali ini merupakan demo yang ke 4 pada semester ini. Demo dimulakan dengan bunga tanjung, combat, pentas tangan kosong, pentas pisau dan parang. Selepas selesai demo, kami dijamu oleh penganjur makan bersama mereka.




   

Penyampaian Bengkong UiTM Segamat Julai 2012

6 Julai 2012, Majlis penyampaian bengkong di adakan dengan ringkas selepas selasai sesi latihan mingguan pada hari Jumaat. Ujian kenaikan bengkung telah diadakan pada March 2012. Bengkung dianugerahkan pada yang berjaya dalam ujian kenaikan bengkung pada semester lepas. 5 pesilat telah mendapat bengkung pelangi merah, 10 pesilat bengkung pelangi hijau dan 3 pesilat mendapat bengkung awan putih.















 Tahniah kepada semua yang berjaya. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang mandi biar basah. Wasalam


Demo UNIFEST Jun - Oct 2012 UiTM Segamat .






28 Jun 2012, Demo untuk event University Festival (UNIFEST) sesi Jun - Oct 2012. PSSGM UiTM Segamat melakukan persembahan penutup pada malam tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEP Prof. Madya Abdullah.
Demo kali ini dengan kali pertamanya disertai oleh anak-anak kecil dari gelanggang UiTM sendiri.



Monday, June 25, 2012

Demo PSSGM UiTM Johor pada Malam Aspresasi Sektor A UiTM Johor di DST

18 June 2012, Dewan Sri Temenggung UiTM Johor

     
 Sedia!

Gayong hormat

Pembukaan dengan bunga sembah

Combat


             

Monday, May 7, 2012

SEKITAR MAJLIS SILATURAHIM PSSGM JOHOR

Majlis silaturahim PSSGM daerah JB pada 28 April 2012 lepas terlaksana dengan jayanya. Kehadiran tetamu kehormat Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin pada jam 4.00 petang disambut dengan penuh adat istiadat persilatan Melayu. Majlis ini juga sempena penganugerahan sandang dan bengkung kepada guru-guru Silat Seni Gayong Johor dan Singapura. Demo pembukaan dari anak Gayong Johor dan Singapura mempamerkan aksi bunga tanjung dan asas gerakan. Selepas itu, disusuli dengan majlis penyampaian sandang kepada Cikgu Abd Kudus Ahmad dan Dato Khaled Nordin. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan deomo dari gelanggang Naga Rantau (UMP), PSSGM Singapura, Gelanggang Setia Indah, PSSGM UiTM JOHOR, dan persembahan dari pesilat dari perguruan lain, seperti Pendekar Temasek etc.

Demo pembukaan dan ucapan


Cikgu Zainal, Cikgu Kudus, Dato Ismail Jantan, Dato Khaled, Cikgu Sazali dan Ustaz Rahman

Demo pentas pisau dari PSSGM UiTM Johor

Dato Khaled meninggalkan dewan


Demo  dari PSSGM UiTM Johor


                                    Demo  dari PSSGM UiTM Johor


  Demo  dari PSSGM UiTM Johor


PSSGM Singapura 


Persilatan lain


PSSGM UiTM JOHOR & UMP (Naga Rantau)

tahniah kepada semua yang terlibat.
Wasalam

Monday, April 16, 2012

Kursus Pecah Tapak Kunci Mati 7 Siri 1.

Assalamualaikum...
2hb - 6hb April 2012.(5 hari 4 Malam) Program tahunan PSSGM UiTM Johor, Pantai Balok  Kuantan menjadi pilihan kali ini dinamakan Kursus Pecah Tapak Kunci Mati Siri 1. Kawasan yang amat sesuai dengan kemudahan yang serba lengkap dan bertambah baik. Gabungan antara PSSGM UiTM Kampus JB dan Segamat di bawah naungan gurulatih - gurulatih PSSGM UiTM Johor dapat mengeratkan silaturahim antara pesilat. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran guru lama Silat Gayong iaitu Cikgu Kudus, Cikgu Rahim, Cikgu Fadzilah dan Cikgu Faizal. Mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan pesilat-pesilat.
 
Pokok yang cantik


Bergambar bersama Cikgu Fadzilah



Makanan disediakan secara bergotong royong


Latiahan bersama Cikgu Kudus dan Ustaz Syazali


Sesi ceramah



Selepas tamat latihan malam terakhir


Bergambar berlatar belakangkan Pantai Balok


 Latihan asas Parang


Last night BBQ


Kawasan perkhemahan 


Cikgu Rahim dan Cikgu Kudus turut hadir

Cikgu Fadzilah berkongsi ilmu


 Bergamba sebelum pulang


Latihan bersama cikgu Fadzilah

\
Bersiap untuk pulang


keindahan Pantai Balok. Jumpa di episod akan datang.

Terima kasih kepada semua gurulatih yang sanggup meluangkan masa bersama anak gayong UiTM Johor. Tahniah kepada semua yang hadir, pengorbanan anda menjadi manfaat pada masa kelak. 
Sekian.

Saturday, April 14, 2012

MAJLIS SILATURAHIM PSSGM JOHOR


Tarikh : 28 April 2012
Masa : 4.00 pm
Tempat : Dewan Raya Masai, Johor
Perasmian oleh YB Dato` Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

Tuesday, March 6, 2012

Penyatuan Gayong Bukan Lagi Mimpi.

Perdana menteri cetus fenomena tegakkan amanat ADMAR.                                


Berita Harian Selasa, 6 Mac 2012



"Penyatuan Gayong bukan lagi mimpi. Bermula dengan majlis anjuran Pusaka Gayong yang turut menggunakan tema perpaduan Gayong serta  disokong pemimpin negara, kini anak Gayong tidak lagi menoleh ke belakang. Apa saja halangan dan ranjau selepas 34 tahun Gayong berpecah akan dimuktamadkan. Ia bermula dengan satu usaha menubuhkan Galanggang Gayong Bersepadu di Terminal Bersepadu Selatan yang menjadi lokasi sulung percantuman semula Gayong. Di sini, semua anak gayong tidak kira dari mana pertubuhan berkumpul, berlatih bersama dan mencari kesepakatan bersama pada setiap Jumaat malam" - BH 




"Jangan ditepuk susu di dulang, 
Anak harimau tak dapat menyusu, 
Jangan pecah rahsia hulubalang, 
Nanti harimau hilang kuku"

"Jangan ditepuk darah di dulang, 
Anak harimau mancari ibu, 
Jangan pecah mentera hulubalang, 
Nanti harimau hilang asu" 

"Jikalau ada dulang di tangan, 
Jangan biar jatuh terhempas, 
Jikalau ada senjata di tangan, 
Jangan biar orang rampas" 

"Pecah Gayong di dalam dulang, 
Dulang hanyut di lautan tujuh, 
Perpecahan Gayong perpecahan sayang, 
Di suatu masa kembali berteguh" 

Segayong, 
Sekendi, 
Seperigi, 

Sepeminum, 
Sejalan, 
Sejadi, 
Sedarah, 
Sedaging, 
Sepadu, 

Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...