Thursday, June 9, 2011

UNIVERSITY FESTIVAL UiTM JOHOR

8 Mac 2011, University Festival (Unifest) diadakan di parking KP (depan speker corner) UiTM Johor. Program ini dianjurkan oleh MPP UiTM Johor bagi memeperkenalkan kelab dan persatuan (non-academic) kepada siswa/siswi UiTM Johor terutama sekali kepada pelajar baru. Unifest bermula dari jam 9.00pagi hingga 10.00 malam. Setiap kelab dan persatuan membuka booth masing-masing, menggunakan kretiviti sendiri bagi menarik ahli-ahli menyertai kelab mereka. PSSGM UiTM Johor di booth nombor 13!!
Ahli Jawatankuasa PSSGM UiTM Johor bertungkus lumus memeriahkan booth. Bahan pameran seperti gambar-gambar, bengkung-bengkung, senjata seperti parang,pisau dan sembat, uniform lengkap dan sedikit sebanyak mengenai sejarah PSSGM dan info mengenai PSSGM. Cuaca panas terik di pada waktu kemuncak (tengahari)



ahli-ahlibaru yang mendaftar kebanyakannya pelajar part 1

Ustaz Syazali terut memberi sokongan, tq!

Senjata yang dipamerkan




exco-exco yang menjalankan tanggungjawab


aini vs mading


pentas parang hazmi & epi


epi vs hazmi


nasib baik bagun cepat...


dzatt!! amekaw


aman vs epi


rapatkan lagi kaki tu puteri... hehe


kein a.k.a fahrin ahmad di depan.

sedia untuk serangan berantai


Booth ditutup pada jam 5.00 petang dan dibuka semula selepas Maghrib lebih kurang jam 8.00 malam. Pada jam 9.00 malam pula diadakan acara penutup yang disempurnakan oleh Rektor UiTM Johor, Prof. Dr Omar B. Samat. Sebanyak 6 kelab membuat persembahan pada majlis penutup. Selepas selesai semua ke-6 persembahan. Penyampaian kelab paling aktif, ahli paling ramai mendaftar pada malam itu dan booth tercantik diberikan hadiah. Persembahan PSSGM disertai oleh 8 orang pesilat, Epi, Hazmi, Kein, Afi (mading), Jebat, Aiman, Aini dan Dibus. Persembahan berantai dan diakhiri dengan pentas parang. Program berakhir jam 10.30malam. On time! Ahli baru yang mendaftar seramai 140 orang. Agm akan diadakan pada 14 Jun 2011 (Selasa) Jam 9.00 malam. Kepada yang telah mendaftar anda perlu hadir ke AGM tersebut bagi mendapat info lebih jelas mengenai PSSGM.
Salam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...