Tuesday, March 6, 2012

Penyatuan Gayong Bukan Lagi Mimpi.

Perdana menteri cetus fenomena tegakkan amanat ADMAR.                                


Berita Harian Selasa, 6 Mac 2012



"Penyatuan Gayong bukan lagi mimpi. Bermula dengan majlis anjuran Pusaka Gayong yang turut menggunakan tema perpaduan Gayong serta  disokong pemimpin negara, kini anak Gayong tidak lagi menoleh ke belakang. Apa saja halangan dan ranjau selepas 34 tahun Gayong berpecah akan dimuktamadkan. Ia bermula dengan satu usaha menubuhkan Galanggang Gayong Bersepadu di Terminal Bersepadu Selatan yang menjadi lokasi sulung percantuman semula Gayong. Di sini, semua anak gayong tidak kira dari mana pertubuhan berkumpul, berlatih bersama dan mencari kesepakatan bersama pada setiap Jumaat malam" - BH 




"Jangan ditepuk susu di dulang, 
Anak harimau tak dapat menyusu, 
Jangan pecah rahsia hulubalang, 
Nanti harimau hilang kuku"

"Jangan ditepuk darah di dulang, 
Anak harimau mancari ibu, 
Jangan pecah mentera hulubalang, 
Nanti harimau hilang asu" 

"Jikalau ada dulang di tangan, 
Jangan biar jatuh terhempas, 
Jikalau ada senjata di tangan, 
Jangan biar orang rampas" 

"Pecah Gayong di dalam dulang, 
Dulang hanyut di lautan tujuh, 
Perpecahan Gayong perpecahan sayang, 
Di suatu masa kembali berteguh" 

Segayong, 
Sekendi, 
Seperigi, 

Sepeminum, 
Sejalan, 
Sejadi, 
Sedarah, 
Sedaging, 
Sepadu, 

Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong. 


Monday, March 5, 2012

SUMPAH ANAK GAYONG DI MEGA, UTUSAN MALAYSIA, 1 MAC 2012







SENI Gayong seni Melayu, tidak senang untuk ditiru, taat setia untuk mengaku, supaya menjadi lambang Melayu. Seni Silat Gayong merupakan sejenis ilmu mempertahankan diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai perpaduan. Ikuti Mega, Utusan Malaysia (Muka 1-4)  Khamis, 1 Mac 2012

KEJOHANAN PENCAK SILAT PSSGM PERINGKAT KEBANGSAAN

Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan 2011 adalah merupakan acara tahunan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang dianjurkan sepenuhnya oleh PSSGM Kebangsaan. Kejuaraan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg. Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Mahkota Agong Bintang Pelangi. Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan Datuk Adiwijaya Abdullah, Ibu Gayong Datin Faridah Abu Johan, Lembaga Waris Amanah, Yang Dipertua PSSGM Bahagian Negeri Johor Abdul Kudus Ahmad. Kejuaraan tersebut telah berlangsung selama 5 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar, Kedah Darulaman bermula pada 21 – 25 Disember 2011.






Kejuaraan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori dewasa dan remaja. Antara negeri yang menyertai kejuaraan tersebut adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah. Selain itu, Negeri Kedah telah menghantar 3 pasukan yang dikenali sebagai Kedah A, Kedah B dan Kedah C. Maka dengan ini menjadikan penyertaan keseluruhannya ialah 11 penyertaan.Setiap negeri dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM300. Pembayaran yuran tersebut telah dibayar oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Johor.






Kategori yang dipertandingkan untuk acara dewasa ialah :

1. Olahraga – Putera dan Puteri
2. Pencak Silat – Putera dan Puteri
3. Buah Tapak Kunci Mati
4. Sajak Gayong

Kontijen Dewasa Johor yang diwakili UiTM Johor telah menghantar pesilat bagi kategori berikut :
Olahraga Putera B – I, Bebas
Tempur Puteri
Pentas Putera
Olahraga Puteri A  - D
Jurus Tunggal Putera
Kombat Putera
Solo Putera
Jurus Tunggal Puteri
Sajak Gayong Putera
Tempur Putera
Buah Tapak Kunci Mati
Sajak Gayong Puteri
Jurus Wajib Putera
Jurus Wajib Puteri
Solo Puteri










Kontijen Johor telah berjaya merangkul 12 pingat Perak dan Gangsa. Pingat-pingat tersebut adalah mengikut kategori di bawah :

PINGAT PERAK
PINGAT GANGSA
Buah Tapak Kunci Mati
Olahraga B Puteri                          
Jurus Wajib Putera
Olahraga C Putera
Jurus Wajib Puteri
Olahraga D Putera
Sajak Gayong
Olahraga E Putera

Olahraga F Putera

Olahraga Bebas Putera

Solo Putera

Pentas Putera



Kejuaraan ini telah berlansung dengan jaya selama 5 hari dan ini membuktikan kemampuan kontijen dewasa Bahagian Negeri Johor yang diwakili oleh PSSGM UiTM Johor dalam arena persilatan dan pertandingan adalah setanding dengan negeri-negeri lain. Ini juga merupakan bukti kejituan dan kesefaham hati, jiwa dan raga setiap daerah di Bahagian Negeri Johor dengan mendapat pencapaian yang tertinggi bagi tahun ini. Tahniah dan Syabas.

KEJOHANAN PENCAK SILAT PSSGM ZON SELATAN

Kejohanan pencak silat zon selatan 2011 merupakan acara tahunan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Johor. Kejohanan pada tahun ini bertujuan untuk memilih pesilat untuk mewakili Johor pada kejohahan Pencak Silat Peringkat Kebangssan 2011 Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Kejohanan ini telah disempurnakan olehYang Dipertua PSSGM Bahagian Negeri Johor Abdul Kudus b. Ahmad serta Pn. Hjh Zaiton Endot selaku Koodinator Kampus UiTM Johor Bahru.Kejuaraan tersebut telah berlangsung hari Sabtu, 3 Disember 2011 di Dewan Besar, Kampus Johor Bahru UiTM Cawangan Johor.

Kejuaraan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori dewasa dan remaja. Antara Derah yang mengambil bahagian ialah Segamat (UiTM Johor), Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, dan Pontian.



Kategori yang dipertandingkan untuk acara dewasa ialah :


1. Olahraga – Putera dan Puteri
2. Silat Seni – Putera dan Puteri


Kontijen UiTM Johor yang mewakili Segamat telah mengambil bahagian : 

     Silat Olahraga Putera/ Puteri kelas A – J


     Silat Seni – Ganda (tempur) putera/puteri (4 orang)
                        Jurus Tunggal putera/puteri (2 orang)
                        Jurus Wajib putera/puteri (6 orang)






Kejuaraan ini telah berlansung dengan jayanya dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Kebanyakan acara dewasa dimenangi oleh daerah Segamat yang diwakili oleh UiTM Johor.Ini menunjukkan pesilat gayong UiTM Johor mampu menguasai negeri Johor dalam sukan Pencak Silat. Ini juga merupakan satu usaha yang harus dipertingkatkan untuk lebih baik pada masa akan datang. Semua pesilat UiTM Johor yang memenangi acara ini akan mewakili Johor dalam Kejuaraan Pencak Silat Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 21 – 25 Disember 2011 di Alor Setar Kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...