Monday, March 5, 2012

KEJOHANAN PENCAK SILAT PSSGM PERINGKAT KEBANGSAAN

Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan 2011 adalah merupakan acara tahunan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang dianjurkan sepenuhnya oleh PSSGM Kebangsaan. Kejuaraan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg. Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Mahkota Agong Bintang Pelangi. Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan Datuk Adiwijaya Abdullah, Ibu Gayong Datin Faridah Abu Johan, Lembaga Waris Amanah, Yang Dipertua PSSGM Bahagian Negeri Johor Abdul Kudus Ahmad. Kejuaraan tersebut telah berlangsung selama 5 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar, Kedah Darulaman bermula pada 21 – 25 Disember 2011.






Kejuaraan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori dewasa dan remaja. Antara negeri yang menyertai kejuaraan tersebut adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah. Selain itu, Negeri Kedah telah menghantar 3 pasukan yang dikenali sebagai Kedah A, Kedah B dan Kedah C. Maka dengan ini menjadikan penyertaan keseluruhannya ialah 11 penyertaan.Setiap negeri dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM300. Pembayaran yuran tersebut telah dibayar oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Johor.






Kategori yang dipertandingkan untuk acara dewasa ialah :

1. Olahraga – Putera dan Puteri
2. Pencak Silat – Putera dan Puteri
3. Buah Tapak Kunci Mati
4. Sajak Gayong

Kontijen Dewasa Johor yang diwakili UiTM Johor telah menghantar pesilat bagi kategori berikut :
Olahraga Putera B – I, Bebas
Tempur Puteri
Pentas Putera
Olahraga Puteri A  - D
Jurus Tunggal Putera
Kombat Putera
Solo Putera
Jurus Tunggal Puteri
Sajak Gayong Putera
Tempur Putera
Buah Tapak Kunci Mati
Sajak Gayong Puteri
Jurus Wajib Putera
Jurus Wajib Puteri
Solo Puteri










Kontijen Johor telah berjaya merangkul 12 pingat Perak dan Gangsa. Pingat-pingat tersebut adalah mengikut kategori di bawah :

PINGAT PERAK
PINGAT GANGSA
Buah Tapak Kunci Mati
Olahraga B Puteri                          
Jurus Wajib Putera
Olahraga C Putera
Jurus Wajib Puteri
Olahraga D Putera
Sajak Gayong
Olahraga E Putera

Olahraga F Putera

Olahraga Bebas Putera

Solo Putera

Pentas Putera



Kejuaraan ini telah berlansung dengan jaya selama 5 hari dan ini membuktikan kemampuan kontijen dewasa Bahagian Negeri Johor yang diwakili oleh PSSGM UiTM Johor dalam arena persilatan dan pertandingan adalah setanding dengan negeri-negeri lain. Ini juga merupakan bukti kejituan dan kesefaham hati, jiwa dan raga setiap daerah di Bahagian Negeri Johor dengan mendapat pencapaian yang tertinggi bagi tahun ini. Tahniah dan Syabas.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...