Tuesday, July 26, 2011

NAMA ASAL BUAH KUNCI MATI 1- 21



1. KILAS SAWA BERENDAM
2. KILAS PAYUNG@PATAH DAYUNG PIKUL MAYAT@PANGKU MAYAT
3. KILAS SANGGA MAUT@TALI GANTUNG@UMPIL DAYUNG TALI GANTUNG
4. KACIP EMAS@KANCING EMAS
5. PATAH DAYUNG@PASUNG EMAS
6. CEKAK BANTING(KACIP EMAS)@KACIP EMAS CEKAK BANTING
7. KACIP SELAK EMAS@SELAK MATI KACIP EMAS@KACIP EMAS KILAS DAYUNG


8. PASUNG CINA
9. TALI GANTUNG@MALAIKUL MAUT
10. KILAS DAYUNG TALI GANTUNG
11. SELAK MATI(BUAYA BERENDAM)@KILAS MAUT
12. KILAS TALI@PATAH DAYUNG TALI GANTUNG@PASAK LINTANG
13. TOLAK LINTANG(KACIP EMAS)@PASUNG BUMI
14. SEKAPUR SIRIH@SELAK DAYUNG BUAYA BERENDAM@SELAK MATI


15. PATAH LAYAR PERAHU KARAM
16. PATAH JULANG@PATAH DAYUNG PERAHU KARAM@PATAH SELAK DAYUNG
17. PANGKAH SANGGA@SELAK MATI PATAH GELANG GETA@RANGKAM DAYUNG
18. KILAS BIAWAK@PATAH DAYUNG SELAK MATI BUAYA BERENDAM
19. SANGGA KILAS PATAH TEBU@PATAH TEBU SELAK DAYUNG KACIP EMAS@UMPIL MAUT
20. PASAK MATI@TEMBI SIKU PASUNG EMAS PATAH DAYUNG@LINTANG MAYAT
21. KILAS BUAYA BERENDAM@KUDA GILA LIPAT MAUT BUAYA BERENDAM




Warisan Silat Seni Gayong Malaysia, Pusaka ADMAR Perlu Diselamatkan!!!

PSSGM UiTM Johor Kampus Segamat dan Bandaraya Johor Bharu telah melawat warisan peninggalan ADMAR bersama Cikgu Sazali baru-baru ini.

Haruskah kita biarkan warisan peninggalan Arwah Mahaguru terbiar begitu sahaja?
Digadaikan begitu sahaja?
Patutkah???
Di manakah letaknya kasih syg kita???



Friday, July 22, 2011

MAKSUD DISEBALIK MURAL/LUKISAN DINDING DI RUMAH ADMAR


Sekitar lawatan PSSGM UiTM Johor ke Taiping pada 16-19 Julai yang lalu,kami dibawa ke rumah ADMAR dan melihat sendiri lukisan/mural yang telah dilukis oleh ADMAR sebelum berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kami diterangkan serba sedikit mengenai mural ini oleh Cikgu Sazali sendiri serta penambahan dari hasil kajian saya sendiri.

1.Telur di Hujung Tanduk, begitulah keadaan Melayu ketika itu yang akan terjadi pada 13 Mei 1969.

2. Keris yang mampu mengimbangi Telur dan Tanduk ( membawa mesej dengan perjuangan sebenar melalui wadah Silat Seni Gayong, yang akan menyelamatkan Islam,Melayu dan Tanah Air kita ini.

3. Kubur di setiap penjuru di bawah Lukisan itu menunjukkan sekiranya telur itu terhempas maka keturunan Melayu akan pupus.

4. Tanglong menunjukkan komunis akan merampas kuasa dan jika diperhatikan tanglong itu menghasilkan titisan warna kuning dan Merah dimana agama Islam, kedaulatan raja-Raja Melayu, dan bangsa Melayu akan hancur jika ianya berlaku.

5. Mata yang menangis air mata biasa namun diakhiri dengan air mata Darah. ini menunjukkan kita perlu berjuang habis-habisan hingga titisan darah terakhir.

6. Kucing Hitam mungkin merujuk kepada kumpulan kucing Hitam yang merupakan kumpulan Risikan Gayong yang membawa maklumat atau berita.


Begitulah serba sedikit yang mampu saya kongsikan. Namun hakikatnya masih banyak rahsia disebalik Mural itu yang belum terbongkar. Warna mural itu sampai sekarang masih tak luntur. Alangkah baiknya kalau rumah itu dapat dipulihara, terutama dinding mural itu,agar dapat menjadi tatapan buat anak Gayong yang akan datang. Saya berharap agar kita selaku anak Gayong dapat bersama-sama memikirkan untuk memulihara khazanah berharga ADMAR ini. Cikgu Sazali pon ada memberi pesanan jika ada sesiapa yang mampu melukis lukisan ini semula untuk tatapan pada masa hadapan sangat dialu-alukan. Mereka juga sedang berfikir bagaimana hendak menyelamatkan dinding lukisan itu untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Kita sebagai anak Gayong seharusnya melakukan sesuatu agar khazanah-khazanah ADMAR kekal untuk tatapan pada masa hadapan


Thursday, July 21, 2011

SEKITAR PROGRAM LATIHAN INTENSIF BERSAMA WARIS AMANAH, CIKGU SAZALI DATO` MEOR ABD RAHMAN



16 - 19 Julai 2011 PSSGM UiTM Segamat dan PSSGM UiTM JB telah berkampung di rumah Cikgu Sazali di Air Kuning, Perak. Tempat ini juga dikenali sebagai Gelanggang Daeng Bugis. Air Kuning Perak merupakan tempat bermulanya Silat Seni Gayong di mana di situ lah terletaknya rumah Dato Meor Abd Rahman, mahaguru Silat Seni Gayong.

16 Julai (Sabtu)
Bas dari UiTM Segamat bertolak pada jam 2.30 petang akan bergerak ke Tangkak untuk sesi pertukaran Bas untuk PSSGM UiTM JB. 2 buah bas terdiri daripada PSSGM UiTM Segamat dan JB bertolak ke Taiping lebih kurang jam 4 ptg. Sampai di Air Kuning, Taiping lebih kurang jam 11 malam. Taklimat ringkas disampaikan oleh Ustaz Syazali dan Cikgu Sazali serta tetamu2 yg lain. Pesilat wanita menginap di 2 biji rumah yg telah disediakan. Pesilat lelaki menginap dalam khemah yang dipasang sendiri di sekitar Gelanggang Daeng Bugis




17 Julai (Ahad)
Sesi di waktu siang menghadiri majlis penyampaian bengkung Gelanggang Daeng Bugis. Pesilat semua menjadi penonton dari dan membantu serba pada majlis tersebut. Pesilat menyaksikan majlis penyampaian bengkung dan demo dari Gelanggang Daeng Bugis. Waktu malam latiahan bersama pesilat Gelanggang Daeng Bugis bermula jam 9.30 malam. Pesilat semua dapat saling bertukar ilmu antara satu sama lain baik dari segi pentas dan combat. Maklumlah lain tempat lain cara. Masa ni lah kita saling bertukar ilmu.






18 Julai (Isnin)
Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi. Batu Kurau rumah Pak Ngah Izhar merupakan lawatan pertama bagi pesilat. Pak Ngah Izhar merupakan guru lama Silat Seni Gayong. Tiba di rumah beliau dah macam dewan pencak silat kerana ruang tamu yang besar dibentang dengan mattress dimana tempat mereka berlatih. Di sini kami belajar tapak Gayong yang sebenar. Bonus yang kami dapat ialah "Durian Batu Kurau" Di belah Utara mereka makan durian dengan santan durian serta pulut putih digaul macam bubur dan di tambah pula dengan seketul durian, semuanya dalam satu pinggang. Lazat! Lawatan kedua pesilat menziarah makan DMAR serta isteri DMAR di Masjid Lama Taiping. Menziarah makam DMAR bertujuan mendapat keberkatan segala ilmu Silat SeniGayong yang telah kita pelajari. Seterusnya pesilat menziarah makam Daeng Kuning tak jauh dari situ Masjid Lama Taiping. Lawatan terakhir pada hari tersebut ialah ke gua Daeng Kuning di Kawasan Rekreasi Burmese Pool.






19 Julai (Selasa)
Majlis penutup bermula jam 11.00 pagi. Ucapan dari Ustaz Syazali, Cikgu Sazali amat bermakna buat semua pesilat. Cenderahati dari PSSGM UiTM Johor disampaikan pada majlis penutup. Selesai majlis penutup pesilat semua berjalan kaki ke Rumah DMAR untuk menziarah rumah tersebut. Cikgu Sazali menerangkan serba banyak menegnai rumah DMAR dimana disitulah lahirnya ramai pendekar-pendekar yang kini merupakan guru-guru tau yang berpengalaman luas dalam ilmu persilatan. Di rumah ini juga pesilat dapat lihat lukisan yang dilukis oleh DMAR.Lukisan tersebut menggambarkan keadaan 13 Mei 1969. Apa yang menarik minat kami semua adalah lukisan itu dilukis sebelum kejadia 13 Mei 1969 terjadi. Pesilat bersiap untuk pulang pada jam 3.00ptg, sebelum pulang pesilat semua singgah makan di Kuala Kangsar dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang.




Perasaan gembira,sedih,meriah,seronok,terusik jiwa,pilu semuaya ada. Hebat! Jangan sia-siakan air mata Cikgu Sazali."Aku Merindui Kenangan Hari Semalam"



Thursday, July 14, 2011

PSSGM UiTM JOHOR AKAN KE TAIPING

2buah bus dari UiTM Segamat dan UiTM JB akan ke rumah Cikgu Sazali Bin Salleh @ Dato` Meor Abd. Rahman. Dari Cikgu2 hingga anak murid excited pasal program ini. Tarikh asal program 30 JUn- 2 Julai. Lulus je paper work tarikh baru pada 16-19 Julai diluluskan oleh HEP. Terima kasih HEP Johor. Segala persiapan tersusun rapi baik dari segi bus, khemah dan makanan. Harap semua berjalan dengan lancar dan semua pesilat dapat memberi komitmen dan kerjasama dengan sebaik mungkin. Disiplin pakaian silat serta tutur bahasa hendaklah dijaga. Semoga anak-anak Gayong UiTM Johor tegas dan sopan budi bahasa.

9.30 pagi: Bas dr Larkin bertolak (pesilat diminta berkumpul lebih awal)

12.30 thari: Bas Larkin tiba di Tol Tangkak (urusan tukar bas)

Jadual Pergerakan UiTM Segamat Ke Teypeng:

11.00 pagi: Berkumpul di Admin
12.00 thari: Bertolak dari UiTM Segamat ke Tangkak. 2 buah bas akan bergerak serentak.
12.30 thari: Tiba di Tol Tangkak (urusan tukar bas)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...