Friday, July 22, 2011

MAKSUD DISEBALIK MURAL/LUKISAN DINDING DI RUMAH ADMAR


Sekitar lawatan PSSGM UiTM Johor ke Taiping pada 16-19 Julai yang lalu,kami dibawa ke rumah ADMAR dan melihat sendiri lukisan/mural yang telah dilukis oleh ADMAR sebelum berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kami diterangkan serba sedikit mengenai mural ini oleh Cikgu Sazali sendiri serta penambahan dari hasil kajian saya sendiri.

1.Telur di Hujung Tanduk, begitulah keadaan Melayu ketika itu yang akan terjadi pada 13 Mei 1969.

2. Keris yang mampu mengimbangi Telur dan Tanduk ( membawa mesej dengan perjuangan sebenar melalui wadah Silat Seni Gayong, yang akan menyelamatkan Islam,Melayu dan Tanah Air kita ini.

3. Kubur di setiap penjuru di bawah Lukisan itu menunjukkan sekiranya telur itu terhempas maka keturunan Melayu akan pupus.

4. Tanglong menunjukkan komunis akan merampas kuasa dan jika diperhatikan tanglong itu menghasilkan titisan warna kuning dan Merah dimana agama Islam, kedaulatan raja-Raja Melayu, dan bangsa Melayu akan hancur jika ianya berlaku.

5. Mata yang menangis air mata biasa namun diakhiri dengan air mata Darah. ini menunjukkan kita perlu berjuang habis-habisan hingga titisan darah terakhir.

6. Kucing Hitam mungkin merujuk kepada kumpulan kucing Hitam yang merupakan kumpulan Risikan Gayong yang membawa maklumat atau berita.


Begitulah serba sedikit yang mampu saya kongsikan. Namun hakikatnya masih banyak rahsia disebalik Mural itu yang belum terbongkar. Warna mural itu sampai sekarang masih tak luntur. Alangkah baiknya kalau rumah itu dapat dipulihara, terutama dinding mural itu,agar dapat menjadi tatapan buat anak Gayong yang akan datang. Saya berharap agar kita selaku anak Gayong dapat bersama-sama memikirkan untuk memulihara khazanah berharga ADMAR ini. Cikgu Sazali pon ada memberi pesanan jika ada sesiapa yang mampu melukis lukisan ini semula untuk tatapan pada masa hadapan sangat dialu-alukan. Mereka juga sedang berfikir bagaimana hendak menyelamatkan dinding lukisan itu untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Kita sebagai anak Gayong seharusnya melakukan sesuatu agar khazanah-khazanah ADMAR kekal untuk tatapan pada masa hadapan


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...