Thursday, July 22, 2010

MOTTO PSSGM

“ KATA BERSAHUT GAYONG BERSAMBUT ”



Ia menyingkap hampir keseluruhan konsep seni beladiri dan kata – kata hikmat dalam Silat Seni Gayong. Jika sekiranya musuh bersilat menggunakan kata – kata, maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong.


Murid Gayong tidak mencari musuh tetapi jika berhadapan dengan serangan musuh, berpantang berundur walau selangkah. Bak kata pepatah Melayu “ Membujur lalu Melintang patah ”, “ Daka daki Ku daki juga ”, “ Patah sayap Bertongkat paruh ”, “Berpantang maut Sebelum ajal ”. Inilah juga antara kata – kata hikmat Silat Seni Gayong.


Dalam ajaran Islam, kepetahan berhujah serta kebijaksanaan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan. Meskipun dakwah secara diplomasi menjadi asas utama, namun seni beladiri amat dititikberatkan. Rasulullah S.A.W. menyuruh ajar memanah, berenang dan menunggang kuda kepada anak – anak orang Islam sebagai latihan peperangan. Allah S.W.T. sendiri membenarkan tindakbalas yang sewajarnya diambil terhadap musuh yang berlaku zalim ke atas umat Islam, bahkan jihad merupakan salah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim.


*sumber dr gelanggangdatomeor.com*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...