Thursday, August 30, 2012

Demo Sempena Aspiration Night Accounting JUN - OCT 2012.

29 Ogos 2012, Sempena malam aspirasi accounting PSSGM UiTM Segamat telah dijemput untuk melakukan persembahan pada malam perasmian tersebut. Kali ini 15 pesilat melakukan demo. Demo kali ini merupakan demo yang ke 4 pada semester ini. Demo dimulakan dengan bunga tanjung, combat, pentas tangan kosong, pentas pisau dan parang. Selepas selesai demo, kami dijamu oleh penganjur makan bersama mereka.




   

Penyampaian Bengkong UiTM Segamat Julai 2012

6 Julai 2012, Majlis penyampaian bengkong di adakan dengan ringkas selepas selasai sesi latihan mingguan pada hari Jumaat. Ujian kenaikan bengkung telah diadakan pada March 2012. Bengkung dianugerahkan pada yang berjaya dalam ujian kenaikan bengkung pada semester lepas. 5 pesilat telah mendapat bengkung pelangi merah, 10 pesilat bengkung pelangi hijau dan 3 pesilat mendapat bengkung awan putih.















 Tahniah kepada semua yang berjaya. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang mandi biar basah. Wasalam


Demo UNIFEST Jun - Oct 2012 UiTM Segamat .






28 Jun 2012, Demo untuk event University Festival (UNIFEST) sesi Jun - Oct 2012. PSSGM UiTM Segamat melakukan persembahan penutup pada malam tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEP Prof. Madya Abdullah.
Demo kali ini dengan kali pertamanya disertai oleh anak-anak kecil dari gelanggang UiTM sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...