Thursday, July 21, 2011

SEKITAR PROGRAM LATIHAN INTENSIF BERSAMA WARIS AMANAH, CIKGU SAZALI DATO` MEOR ABD RAHMAN



16 - 19 Julai 2011 PSSGM UiTM Segamat dan PSSGM UiTM JB telah berkampung di rumah Cikgu Sazali di Air Kuning, Perak. Tempat ini juga dikenali sebagai Gelanggang Daeng Bugis. Air Kuning Perak merupakan tempat bermulanya Silat Seni Gayong di mana di situ lah terletaknya rumah Dato Meor Abd Rahman, mahaguru Silat Seni Gayong.

16 Julai (Sabtu)
Bas dari UiTM Segamat bertolak pada jam 2.30 petang akan bergerak ke Tangkak untuk sesi pertukaran Bas untuk PSSGM UiTM JB. 2 buah bas terdiri daripada PSSGM UiTM Segamat dan JB bertolak ke Taiping lebih kurang jam 4 ptg. Sampai di Air Kuning, Taiping lebih kurang jam 11 malam. Taklimat ringkas disampaikan oleh Ustaz Syazali dan Cikgu Sazali serta tetamu2 yg lain. Pesilat wanita menginap di 2 biji rumah yg telah disediakan. Pesilat lelaki menginap dalam khemah yang dipasang sendiri di sekitar Gelanggang Daeng Bugis




17 Julai (Ahad)
Sesi di waktu siang menghadiri majlis penyampaian bengkung Gelanggang Daeng Bugis. Pesilat semua menjadi penonton dari dan membantu serba pada majlis tersebut. Pesilat menyaksikan majlis penyampaian bengkung dan demo dari Gelanggang Daeng Bugis. Waktu malam latiahan bersama pesilat Gelanggang Daeng Bugis bermula jam 9.30 malam. Pesilat semua dapat saling bertukar ilmu antara satu sama lain baik dari segi pentas dan combat. Maklumlah lain tempat lain cara. Masa ni lah kita saling bertukar ilmu.






18 Julai (Isnin)
Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi. Batu Kurau rumah Pak Ngah Izhar merupakan lawatan pertama bagi pesilat. Pak Ngah Izhar merupakan guru lama Silat Seni Gayong. Tiba di rumah beliau dah macam dewan pencak silat kerana ruang tamu yang besar dibentang dengan mattress dimana tempat mereka berlatih. Di sini kami belajar tapak Gayong yang sebenar. Bonus yang kami dapat ialah "Durian Batu Kurau" Di belah Utara mereka makan durian dengan santan durian serta pulut putih digaul macam bubur dan di tambah pula dengan seketul durian, semuanya dalam satu pinggang. Lazat! Lawatan kedua pesilat menziarah makan DMAR serta isteri DMAR di Masjid Lama Taiping. Menziarah makam DMAR bertujuan mendapat keberkatan segala ilmu Silat SeniGayong yang telah kita pelajari. Seterusnya pesilat menziarah makam Daeng Kuning tak jauh dari situ Masjid Lama Taiping. Lawatan terakhir pada hari tersebut ialah ke gua Daeng Kuning di Kawasan Rekreasi Burmese Pool.






19 Julai (Selasa)
Majlis penutup bermula jam 11.00 pagi. Ucapan dari Ustaz Syazali, Cikgu Sazali amat bermakna buat semua pesilat. Cenderahati dari PSSGM UiTM Johor disampaikan pada majlis penutup. Selesai majlis penutup pesilat semua berjalan kaki ke Rumah DMAR untuk menziarah rumah tersebut. Cikgu Sazali menerangkan serba banyak menegnai rumah DMAR dimana disitulah lahirnya ramai pendekar-pendekar yang kini merupakan guru-guru tau yang berpengalaman luas dalam ilmu persilatan. Di rumah ini juga pesilat dapat lihat lukisan yang dilukis oleh DMAR.Lukisan tersebut menggambarkan keadaan 13 Mei 1969. Apa yang menarik minat kami semua adalah lukisan itu dilukis sebelum kejadia 13 Mei 1969 terjadi. Pesilat bersiap untuk pulang pada jam 3.00ptg, sebelum pulang pesilat semua singgah makan di Kuala Kangsar dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang.




Perasaan gembira,sedih,meriah,seronok,terusik jiwa,pilu semuaya ada. Hebat! Jangan sia-siakan air mata Cikgu Sazali."Aku Merindui Kenangan Hari Semalam"



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...