Thursday, June 23, 2011

SENI SILAT DI ZAMAN KEMAJUAN - di mana tempatnya?

Wawancara Abdul Ahmad dengan Dato' Meor Abdul Rahman(Dewan Masyarakat, Oktober 1975

SOAL: Silat dikatakan untuk mempertahankan diri. Tapi di zaman serba maju ini orang menggunakan senjata moden untuk tujuan tersebut. Saya tak fikir silat boleh menangkis peluru pistol atau senapang.

JAWAB: Kita ambil saja contoh peperangan di Indochina, bagaimana rakyat(Vietnam) berjuang menentang tentera Amerika. Mereka mempergunakan ilmu mempertahankan diri dengan menyusun barisan perjuangan yang hebat. Tubuh mereka kecil-kecil, berjuang menentang tentera Amerika yang tinggi besar yang menggunakan berbagai senjata moden. Untuk menentang senjata jarak jauh, kita boleh mengadakan susunan barisan peperangan, seperti mengadakan barisan gerila dan latihan komando. Silat sangat berguna dalam barisan perjuangan serupa ini. Sebelum saya bertolak ke England dahulu, Perdana Menteri Tun Razak telah menjemput saya ke pejabatnya. Tun meminta saya menjalankan tugas selama enam bulan melatih taktik mempertahankan diri kepada anggota-anggota tentera. Dengan kata lain, jelas bahawa silat sangat berguna di samping senjata.

SOAL: Saya masih memikirkan bagaimana kalau peluru datang macam hujan.

JAWAB: Buktinya ialah bagaimana saya terselamat dalam Perang Dunia Kedua, terselamat dari peluru yang datang macam ikan belanak. Pendek kata kalau Allah memperkenankan permintaan kita, tiada siapa yang boleh menghalang.


1 comment:

  1. jgn pandang rendah pd silat... skrg yahudi pn kaji pedang lbh dari senjata api...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...