Sunday, August 21, 2011

22 August 2011,PSSGM UITM JOHOR 20 TAHUN


Assalamualaikum anak-anak gayong semua. Hari ini masuk tahun ke-20 PSSGM UiTM JOHOR ditubuhkan. PSSGM UiTM JOHOR telah ditubuhkan oleh Cikgu Abdul Kudus b. Ahmad pada 22 Ogos 1991. Sekarang dah tahun ke-20, berapa ramai anak gayong dari tahun 1991 hingga sekarang agaknya?? Berapa ramai yang masih aktif? Berapa ramai menyumbangkan balik ilmu yang telah diberikan kepada anak gayong sekarang? PSSGM UiTM JOHOR telah menempuhi macam-macam dugaan baik dari luar dan dalam.Ramai pendekar-pendekar yang lahirdari gelanggang PSSGM UiTM JOHOR. Terima kasih kepada Cikgu Kudus, Ustaz Syazali, Cikgu Din Jelai, Cikgu Halim dan Cikgu Wahiddin yang terus mengekalkan PSSGM UiTM JOHOR dari dulu hingga sekarang.... Kini Ustaz Syazali berjaya menubuhkan PSGM di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.Ustaz Syazali yang merupakan penasihat telah dibantu oleh dua orang gurulatih merangkap alumni UiTM Segamat iaitu Cikgu Halim Bin Sa’adon dan Cikgu Khairudin Bin Khairani untuk melatih ahli-ahli PSSGM di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kita lihat photo dari dulu hingga kini...


























Dalam dunia persilatan pelbagai benda yang dicari. Mula-mula anak-anak muda mencari ilmu, kemudian mereka mula mencari kawan dan akhir sekali ada juga yang mula mencari nama. Biasanya tuhan akan memberi apa yang kita cari. Kalau kita ikhlas menuntut ilmu insyaAllah diberikan ilmu, kalau kita ikhlas berkawan, insyaAllah akan dianugerahkan sahabat. Kalau kita mencari redha insyaAllah hakikat akan terbuka. Jika kita mencari musuh tunggulah bara dalam jiwa.
Selamat maju jaya PSSGM UiTM JOHOR!

22 August 2011,PSSGM UITM JOHOR 20 TAHUN

Saturday, August 20, 2011

SELAMAT HARI RAYA CIKGU

PEMECATAN ABDUL KUDUS TIDAK SAH

PUTRAJAYA 19 Ogos - Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad mendapat khabar gembira menjelang Hari Raya Aidilfitri ini apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pemecatannya daripada jawatan itu, lapan tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Beliau yang kini menyara hidup dengan melakukan kerja sampingan termasuk sebagai pemandu teksi turut memperoleh ganti rugi khas iaitu tunggakan gaji dan emolumen selama tujuh bulan (RM3,015 sebulan) ekoran pemecatannya pada 11 Jun 2003.

Abdul Kudus, 49, yang diwakili peguam M. Manoharan mula berkhidmat dengan agensi itu pada 15 Januari 2001 dan kontraknya selama tiga tahun sepatutnya tamat pada 14 Januari 2003. Bagaimanapun, dia dipecat tujuh bulan lebih awal.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie ketika membenarkan rayuan bekas pegawai tentera itu turut memerintahkan MPAJ menjelaskan kos sebanyak RM25,000 dan faedah kepada Abdul Kudus.

Hakim Sulong yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim ketika menyampaikan keputusan ringkas itu menyatakan, pemecatannya itu tidak sah kerana MPAJ menggunakan klausa yang salah ketika memecatnya.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan pemecatannya adalah sah selepas berpuas hati bahawa MPAJ mempunyai hak memecatnya atas alasan yang munasabah.

Hakim Noor Azian Shaari ketika memutuskan demikian berpendapat, Abdul Kudus tiada hak mempertikaikan pemecatan itu kerana dia menandatangani perjanjian secara sukarela yang memberi kuasa kepada majikannya memecat beliau berdasarkan alasan munasabah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Kudus menyatakan, beliau mula berkhidmat sebagai pegawai penguat kuasa pada 15 Januari 2001, sebelum dipecat ekoran hasil siasatan dalaman agensi berkenaan.

MPAJ yang diwakili peguam Faizal Hassan Abdul Hamid menyatakan, pegawai kanannya itu terlibat dalam salah laku kerana membuat kenyataan palsu bahawa dia bukan seorang muflis selain mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa kebenaran pihak atasan.


Utusan Malaysia Online - Mahkamah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...