Monday, September 20, 2010

waktu latihan baru...

waktu latihan kita telah pon diubah(sama hari) seperti berikut:

jumaat/sabtu: 8.30pm-11.00pm

kedatangan adalah diwajibkan kpd semua ahli

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua anak2 gayong uitm segamat, warga uitm, dan muslimin muslimat semua... semoga pd raya kali ini kita tidak boros berbelanja utk barang yg tidak perlu, dan bergembira beraya dirumah sanak saudara mahupun sahabat handai.. maaf kerana lambat utk mengucapkan selamat hari lebaran kerana setelah raya ke-4 baru keadaan mengizinkan. jd sekali lagi kami ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)


*maaf atas kelewatan kerana ada masalah2 teknikal yg tidak dpt dielakkan*

Wednesday, September 8, 2010

Alhamdulillah Cikgu Kudus Bebas

Alhamdulillah... setidak2nya inilah ucapan ringkas yang mampu sy lafazkan atas berita nie.. marilah anak gayong yang lain, beri kata semangat pada Cikgu Kudus iaitu pengasas PSSGM UiTM Segamat untuk terus aktif dalam Gayong....
Cikgu Kudus adalah tunjang kami di PSSGM Daerah Segamat..walaupun selama 7 - 8 tahun kehidupan beliau lalui dgn sukar ttp kami tetap sentiasa menyokong dari belakang..


SHAH ALAM 2 Sept. – Selepas tujuh tahun, bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad (gambar) akhirnya berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan lebih bermakna apabila dibebaskan daripada 24 pertuduhan rasuah.

Abdul Kudus, 47, terlepas daripada hukuman penjara 10 tahun 11 bulan dan denda RM370,000 bagi kesalahan itu setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima rayuannya untuk mengetepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang tahun lalu.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa semasa membacakan penghakiman berkata, keterangan saksi

utama pendakwaan, Steven @ S. Sathiasilan tidak boleh dipercayai kerana dia mempunyai kepentingan secara langsung dalam kes itu.

Beliau berpendapat, Steven adalah rakan sejenayah Abdul Kudus kerana dia terlibat secara aktif dan secara langsung dalam kesemua 24 transaksi yang melibatkan tertuduh.

Katanya, keterangan saksi itu juga tidak disokong oleh sebarang keterangan bebas yang mengesahkan berlakunya permintaan dan penerimaan rasuah oleh tertuduh.

‘‘Saya dapati Steven adalah pihak yang memulakan percubaan untuk merasuah tertuduh sebagai Pengarah Penguat Kuasa MPAJ dan bukan sebaliknya.

‘‘Steven mempunyai kepentingan untuk melindungi restorannya, dia bukan mangsa tetapi seorang yang memainkan peranan aktif d

alam semua transaksi,’’ katanya.

Hakim Mohd. Yazid juga merumuskan tidak munasabah sekiranya tertuduh meminta dan menerima wang rasuah daripada Steven sedangkan restorannya masih berterusan diserbu dan disaman oleh MPAJ.

Jelasnya, keterangan antara Steven dan seorang saksi juga bercanggah yang sekali gus menunjukkan bayaran-bayaran yang dikatakan dibuat tidak wujud serta hanya rekaan.

Tegas beliau lagi, pihak pendakwaan juga gagal memanggil i

bu Steven bagi mengesahkan anaknya ada meminta duit RM8,000 untuk diberikan kepada tertuduh.

‘‘Saya menerima pembelaan tertuduh sebagai munasabah. Ini adalah kerana pihak pendakwaan tidak membuktikan tuduhan-tuduhan permintaan dan penerimaan wang rasuah melibatkan tertuduh sebagaimana pertuduhan.

‘‘Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal membuat penilaian maksimum di peringkat kes pendakwaan. Tertuduh tidak sepatutnya dipanggil membela diri. Rayuan dibenarkan. Tertuduh

dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada 24 pertuduhan,’’ katanya.

Abdul Kudus diwakili peguam M. Manoharan dan Afifuddin Hafifi manakala Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR

M), Fariza Hamzah mewakili pihak pendakwaan.

Sebaik sahaja mahkamah bersurai, Abdul Kudus dilihat dipeluk oleh kakaknya yang turut hadir mengikuti prosiding sambil menangis.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Abdul Kudus yang dilihat bergenang air mata melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada barisan peguamnya.


Walaupun berkeyakinan akan dibebaskan sejak dari awal, namun Abdul Kudus menganggap ia tidak lagi bermakna selepas kehilangan keluarga dan ibunya.

‘‘Tidak ada apa-apa boleh diraikan kerana hidup saya dan keluarga saya telah musnah disebabkan kes ini. Ibu saya meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung disebabkan peluru yang dihantar ke rumah. Sejak itu, sudah empat tahun saya beraya di kubur

ibu saya,’’ katanya.

Pada 30 Jun tahun lalu, Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun 11 bulan dan denda RM370,000 ke atas Abdul Kudus selepas didapati bersalah atas 24 tuduhan meminta dan menerima rasuah RM59,000 antara 2001 dan 2003.

Wajah Kayveas sekarang tidak segembira dulu
seperti Hamid Gurkha .Mungkin Datuk M. Kayveas mula berpeluh dengan serangan-serangan N. Srim
urugan peguambela Abdul Kudus. Jika sebelum-sebelum ini Kayveas seperti pakai baju kalis mahkamah, tetapi sekarang tidak lagi. Dulu beliau sukar untuk di sentuh kerana memegang Timbalan Menteri di JPM dan menjaga Undang-Undang dan mungkin dengan sebab itulah sukar untuk dipanggil menjadi saksi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...