Wednesday, April 20, 2011

SEMOGA BERJAYA DALAM FINAL EXAM


Jika dah berusaha dan bersungguh - sungguh menjelang final exam kali ini, Tawakalah kepadaNya. Selamat menduduki perperiksaan akhir. Just focus on your paper. Kesihatan diri juga penting ketika minggu perepriksaan ini. Riadah pada waktu petang juga jangan lupa. Give the best of you..

petikan fb ucapan good luck kepada anak-anak gayong UiTM J dari Cikgu Halim dan Cikgu Din Jelai


MALAM PAHLAWAN GAYONG 2011

jawatankuasa pengelola yang terlibat



Assalamualaikum... Malam Pahlawan Gayong 2011 atau sebelum ini dekenali sebagai Malam Perdana Gayong. MPG telah berlangsung dengan gahnya pada hari Sabtu, 26 Mac 20011 bertempat di gelanggang silat Padang Kolej Baiduri UiTM Johor Segamat. Kali terakhir program ini dilaksanakan adalah pada Mac 2007. MPG dianjurkan sepenuhnya Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia UiTM Johor dengan kerjasama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Segamat dan dengan bantuan dan boleh dikatakan menjadi tulang belakang program ini ialah Cikgu Kudus kita. Hebat. PSSGM UiTM Johor berbangga dengan kehadiran 7 waris amanah ke program kami. Program ini juga telah dirasmikan oleh Datuk Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. MPG ini bertujuan menghimpunkan pesilat-pesilat di seluruh tanah air dan bertujuan memberi pengiktirafan kepada tenaga-tenaga pengajar di daerah Segamat. Tak lupa juga buat pertama kalinya program MPG kali ini berjaya menghimpunkan alumni-alumni PSSGM UiTM Johor dari tahun 1991 hingga kini.

big giant banner!



sebahagian alumni yang hadir pada malam tersebut


gelanggang lipan bara melangkah masuk gelanggang membuat demo yang superb!!


pembukaan persembahan daripada PSSGM bawah naungan Daerah Segamat


Ketibaan Datuk Ahmad Maslan


Ketibaan Datuk Ahmad Maslan disambut oleh penasihat PSSGM UiTM Johor dan selaku pengerusi PSSGM daerah Segamat


persembahan pembukaan dari gelanggang di bawah naungan derah Segamat


demo dari gelanggang lipan bara menjadi tumpuan pada malam tersebut

7 waris amanah bergambar bersama Datuk Ahmad Maslan sebelum merasmikan majlis


Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa pengelola yang bertungkus lumus menganjurkan this big program. Banyak pengalaman yang telah ditempuhi, ambil pengalaman sebagai satu batu loncatan agar terus setia bersama Silat Seni Gayong. Terima kasih kepada semua tetami jemputan yang hadir seperti gelangganggang dari MMU Melaka, UiTM Kampus Larkin, UiTM Jengka, Kulaijaya, Politeknik JB, KPTM Bangi, gelanaggang daerah Pasir Gudang, gelanggang lipan bara SMA Mahad Pontian, SMK Paduka Tuan, SMKA Segamat dan banyak lagi. Tak lupa juga kepada tetamu-tetamu jemputan dari Singapore, Perlis, Pahang, Kelantan, Melaka, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Salam.

Wednesday, April 13, 2011

MALAM PENGENALAN KELAB DAN PERSATUAN UiTM JOHOR

9 Januari 2011.
Malam pengenalan kelab an persatuan(MPKP) merupakan program yang comfirm ada pada awal semester bertujuan memberi peluang kepada semua kelab dan persatuan di UiTM Johor memperkenalkan kelab dan persatuan masing-masing dengan cara mereka tersendiri.Dewan Sri Temenggung (DST) menjadi tempat biasa bagi program ini. Bagi PSSGM UiTMJ demo yang dipimpin oleh Cikgu Wahidin seperti Combat, Pisau, Pentas Parang, Cindai simbat dan lain-lain telah berjaya membuat penonton yang terdiri drpd pelajar UiTMJ terpukau.

Gayong gayong mari join gayong!!




Sebelum naik stage


Bermula dengan bunga tanjung


Demo control hensem weh! ingat buah!!


Selesai, tutup gelanggang


Loqman & Kamil (combat dan parang)


Sarah & Zarin (payung pon jadi)


Boby & Cgu Wahidin (Pentas parang)


Mading & Nasir (combat)



Faizan & Kein (cindai)



Epi & Zack (pisau)


Aman & Jebat (simbat)


Senjata yang digunakan



Tamat semua persembahan masa untuk promosi



Promote gayong, mari mari mari!!

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang involves, next sem mungkin kita akan bagi lebih. Lebih gempak, lebih ngeri, lebih dzatt!!! Semakin hari semakin bagus.

GRADING AWAN PUTIH PELANGI HIJAU & PELANGI MERAH 2011

Seramai 15 anak gayong telah menjalani ujian kenaikan bengkung awan putih.Manakala seramai 14 orang menjalani ujian kenaikan bengkung pelangi hijau dan merah. Ujian kenaikan bengkung awan putih diadakan pada 20 Februari dan ujian kenaikan bengkung pelangi hijau dan merah pada 6 Mac. Cikgu Kudus sebagai juri tetap pada ujian kenaikan bengkung tersebut. Ujian kenaikan bengkung ini juga turut disertai oleh anak gayong dari Sek Men Paduka Tuan dan SMKA Segamat.





hijau 7



15 anak gayong selesai menjalani ujian, suka nampak



betul tak diorang buat combat 4 tu Cikgu?? Hebat!



Sesi soal jawab, tak dapat jawab turun 20!!



dzatt!! melayang aku!!

Alhamdulillah, semua telah lulus dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjalani ujian! Menuntutlah ilmu, semunya ada di depan anda.. Fikir-fikirkan lah...
Salam...


SESI LATIHAN


Jumaat dan Sabtu 8.30 malam, sesi latihan mingguan tidak pernah cancel!! Latihan tetap berjalan seperti biasa. Latihan dikendalikan oleh barisan Gurulatih PSSGM UiTM Johor yang bergitu komited. Tahniah buat anak Gayong kita yang bersemangat menghadiri latihan pada setiap minggu, sanggup berkorban tak balik walaupun ramai rakan-rakan kita yang lain goyang kaki depan tv kat rumah...



ambik kau Kinah!! dzatt!!!


Final battle! Fight!




Uishh!! Ambik sebijik!!




Elakkan.. dzatt!!

jangan serik.jangan malu.kamu juga yang akan rugi nanti.kai disini tak akan rugi apa-apa.ilmu dah ada depan mata! tunggu apa lagi???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...