Wednesday, July 28, 2010

waktu latihan


  • ISNIN & SELASA (5.00 ptg - 7.00 ptg)
  • JUMAAT & SABTU (8.30 malam - 11.00 malam)
*Tempat - Padang Kolej Baiduri UiTM Johor.

*kepada sesiapa yang berminat menyertai PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) UiTM Johor, anda dijemput hadir pada masa yang telah ditetapkan di atas. Peyertaan dibuka kepada semua siswa dan siswi.

Gelanggang Rasmi PSSGM, Padang Kolej Baiduri

Thursday, July 22, 2010

MAKSUD DISEBALIK LOGO GAYONG




BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII
Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.

MOTTO PSSGM

“ KATA BERSAHUT GAYONG BERSAMBUT ”



Ia menyingkap hampir keseluruhan konsep seni beladiri dan kata – kata hikmat dalam Silat Seni Gayong. Jika sekiranya musuh bersilat menggunakan kata – kata, maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong.


Murid Gayong tidak mencari musuh tetapi jika berhadapan dengan serangan musuh, berpantang berundur walau selangkah. Bak kata pepatah Melayu “ Membujur lalu Melintang patah ”, “ Daka daki Ku daki juga ”, “ Patah sayap Bertongkat paruh ”, “Berpantang maut Sebelum ajal ”. Inilah juga antara kata – kata hikmat Silat Seni Gayong.


Dalam ajaran Islam, kepetahan berhujah serta kebijaksanaan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan. Meskipun dakwah secara diplomasi menjadi asas utama, namun seni beladiri amat dititikberatkan. Rasulullah S.A.W. menyuruh ajar memanah, berenang dan menunggang kuda kepada anak – anak orang Islam sebagai latihan peperangan. Allah S.W.T. sendiri membenarkan tindakbalas yang sewajarnya diambil terhadap musuh yang berlaku zalim ke atas umat Islam, bahkan jihad merupakan salah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim.


*sumber dr gelanggangdatomeor.com*

MAKNA GAYONG

GAYONG

a. huruf Ga mewakili genggam. Genggam bermaksud kepatuhan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ajaran Islam dan amanah Silat Seni Gayong yang telah ditinggalkan allahyarham Dato' Paduka Meor Abdul Rahman, Pendita Agung persilatan Melayu moden.


b. huruf Alif mewakili Angkat. Ia bererti kewajipan murid-murid Gayong untuk menjunjung kedaulatan Al-Quran dan ketuanan Melayu. Di samping itu juga, semua murid Gayong mestilah memelihara segala amanah sebagai murid dan ahli Gayong yang digenggam agar ia terus dihormati dan dipatuhi.


c. huruf Ya ialah yakin, bahawasanya kita beriman dengan kebenaran al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW serta segala apa yang dilakukan hendaklah bertauhidkan Allah SWT. Semua murid dan ahli Gayong juga mestilah yakin dengan kelebihan ilmu yang dipelajari dan hanya menggunakannya untuk kebaikan.


d. huruf Wau ialah waras. Waras dalam ertikata sedar, rasional dan penuh keinsafan atas segala tindakan dan keputusan yang bakal diambil. Ia menggambarkan bahawa seseorang murid dan ahli Gayong tidak akan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan buruk baik dan akibat sesuatu perkara.


e. Manakala huruf Nga pula memberi erti ngeri. Ngeri dengan kebesaran Allah SWT dan azab seksaan-Nya, ngeri atau kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara atau ketika mempamerkan Silat Seni Gayong.


Lima huruf di atas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucap dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan mengerjakan fardhu Haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong mestilah menjaga kewajiban mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam. Pada hakikatnya, kekuatan seseorang murid Gayong itu terpancar melalui keupayaan melaksana segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.


Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan di atas barulah dianggap seorang murid Gayong itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.


*sumber dr gelanggangdatomeor.com*

Wednesday, July 21, 2010

AGM SILAT SENI GAYONG

Pada tarikh 21 Julai 2010 telah berlangsungnya AGM bagi pertubuhan silat seni gayong di LT2.
Kehadiran para peserta/pelajar seramai hampir seratus orang dan ini amat memberangsangkan.
walaupun sebenarnya jumlah kehadiran peserta/pelajar tidak seramai yang kami harapkan, namun kehadiran mereka amat besar maknanya bagi kami semua. Dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat bagi menjayakan AGM kita pada malam itu, tidak lupa juga kepada para peserta/pelajar yang hadir sama.





gambar diatas adalah diantara gambar2 yang sempat diambil semasa AGM sedang berlangsung




cikgu wahiddin

gambar diatas ini adalah salah seorang guru silat yang akan mengajar digelanggang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...